Ciri-ciri |
Bahan-bahan |
Cara Penggunaan |
Penyentalan kulit merupakan bahagian penting regimen anda. Ia bukan sahaja menanggalkan kulit mati dan kekotoran yang mendalam tetapi juga membolehkan penyerapan nutrien yang berkesan daripada sabun & krim kegemaran anda. Penyental ini berfungsi dalam 3 cara: (1)menanggalkan kotoran (2)menanggalkan pembentukan kulit mati tanpa menghilangkan kelembapan kulit; dan (3)memutihkan & melawan penuaan dengan Protein Plasenta, Madu Ratu Lebah & Kolagen. Produk ini juga meminimumkan garis, mengurangkan selulit dan menjadikan kulit selicin sutera. Bau lavender produk ini akan meremajakan kulit anda selepas setiap sentalan.
Madu Ratu Lebah
Agen penghidratan semula jadi yang memperbaiki tekstur kulit dan tekstur keseluruhan dengan menegangkan garis-garis halus dan menjadikan kedutan kurang ketara.
Kolagen
Membalikkan penuaan kulit dan menghilangkan kedutan, garis-garis halus serta tanda-tanda penuaan kulit lain yang tidak sedap dipandang secara ketara.
Ekstra Akar Paeonia Suffruticosa
Bahan pemutih kulit semula jadi yang juga membantu merapikan kulit.
Ekstrak Akar Pueraria Thunbergiana
Ekstrak herba yang membantu memutihkan kulit sambil memberikan khasiat kepada kulit.
Madu
Bahan pelembap yang menggalakkan keremajaan kulit untuk menjadikan kulit seperti sutera dan anjal.
Asetil Tirosina
Membantu meningkatkan tona kulit dengan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.