Ciri-ciri |
Bahan-bahan |
Cara Penggunaan |
"Kesan buih kecantikan" sabun ini memberikan buih tebal yang terdiri daripada gelembung mikro yang mampu mencapai jauh ke dalam liang roma untuk menolak keluar kotoran & minyak. Kemudian, ia menghilangkan pembentukan kulit mati & sisa penyumbat liang roma yang menyebabkan jerawat secara perlahan-lahan. Di samping itu, 50% bahan losyen sabun ini berkesan untuk mencegah kekeringan & kekasaran sepanjang hari. Berbeza dengan sabun lain, sabun ini tidak cepat cair malah boleh bertahan hingga 2 bulan dengan penggunaan biasa. Selain itu, sebatian Protein Plasenta Kuda, bahan pemutih dan antipenuaan dari Jepun yang memutih, melicinkan & melembapkan kulit juga dicampurkan bersama.
Protein Plasenta Kuda
Bahan pemutih terkini & paling popular di Jepun. Bahan ini mempunyai purata 300 kali lebih banyak asid amino berbanding ekstrak plasenta lain. Ia sangat terhad dan berharga tetapi sangat berkesan untuk pemutihan kulit dan antipenuaan.
Ekstrak Alga
Menormalkan kandungan lembapan kulit dan memberikan kelembutan pada epidermis.
Ekstrak Daun Rosemary
Merangsang penjanaan semula sel, meningkatkan ketegangan dan membantu dalam pelembapan.
Ekstrak Bunga Arnica Montana
Salah satu perencat melanin yang paling kuat. Juga mempunyai manfaat pelembap.
Asid Hialuronik
Bahan ini meningkatkan kelembapan kulit, membantu dalam pembaikan tisu dan menyatukan komponen struktur kulit (kolagen dan elastin) untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan tanda-tanda penuaan lain dengan berkesan.
Alpha-Arbutin
Agen pemutih kulit yang diiktiraf di Asia yang memutihkan kulit secara semula jadi dan nyata.
Sutera Terhidrolisis
Membantu dalam pengekalan lembapan dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Kolagen Terhidrolisis
ahan ini membentuk filem pada permukaan kulit untuk menjadikan kulit lebih licin dan lebih lembut.